Friday, September 5, 2008

10 Cara Meraikan Ramadan

Allah berfirman: Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (al-Baqarah; 183)

RAMADAN yang dikenali sebagai syahrul barakah atau bulan berkat mempunyai pelbagai kelebihan.

Muslim yang mukmin hendaklah mengambil peluang Ramadan kali ini bagi meningkatkan ketakwaan agar puasa kita mencapai tahap puasa khawasil khawas (orang khusus).

Berikut disenaraikan 10 cara untuk meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak.

1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan berdahaga. (riwayat Bukhari).

2. Menghidupkan malam dengan beribadat (qiamullail). Sesungguhnya ibadah qiamullail adalah kegemaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Kata Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a.: Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam keadaan duduk.

Rasulullah SAW juga bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau menggerakkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: “Solat, solat” sambil membaca ayat 132 dari surah Taha yang bermaksud: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.

3. Bersedekah. Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Rasulullah: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan”. (riwayat Tirmizi).

4. Menjamu makanan. Golongan salaf as-soleh amat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain dan mendahulukannya daripada ibadat sunat yang lain. Kesan daripada jamuan makanan ini dapat menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan.

Ia juga dapat memudahkan seseorang itu masuk ke syurga Allah SWT. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Wahai manusia, sebarkan salam, jamulah makanan, sambungkanlah silaturrahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan selamat”. (riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Baginda bersabda lagi di dalam hadis yang lain: “Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang yang berpuasa itu”. (riwayat Ahmad).

5. Banyak membaca al-Quran dan menangis ketika membacanya. Sebahagian besar para salaf as-soleh khatam al-Quran ketika mengerjakan qiamullail pada malam bulan Ramadan tiga hari sekali. Ada juga yang mengkhatamkannya seminggu sekali dan ada yang mengkhatamnya 10 hari sekali. Mereka juga sentiasa menangis ketika membaca al-Quran.

Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. membaca surah al-Mutaffifin. Apabila sampai kepada ayat ke-6 yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam, beliau menangis sehingga rebah dan tidak berdaya meneruskan bacaan berikutnya.

6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim bahawa apabila Rasulullah selesai menunaikan solat subuh, baginda akan terus duduk di tempat solat baginda sehingga terbit matahari.

Menurut sebuah hadis lagi, baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna”. Kata Sheikh Nasiruddin al-Bani: Hadith ini sahih.

7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Muhammad beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadan. Pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.

8. Mengerjakan umrah. Rasulullah SAW pernah bersabda: Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji. (riwayat Bukhari dan Muslim).

9. Mencari-cari Lailatul Qadar. Rasulullah SAW akan mencari Lailatul Qadar pada bulan Ramadan dan menyuruh para sahabat mencari-cari malam tersebut. Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada 10 malam terakhir Ramadan dengan harapan supaya dapat memperoleh Lailatul Qadar yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan.

Ubay bin Ka‘ab berkata: Antara tanda dan alamat Lailatul Qadar sebagaimana yang telah diberitahu kepada kami oleh Rasulullah SAW iaitu matahari terbit pada pagi hari tersebut dalam keadaan redup. (riwayat Muslim).

10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada bulan Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab berdoa.

Antaranya, waktu berbuka, sepertiga malam yang terakhir, waktu sahur dan hari Jumaat. Oleh yang demikian, para salaf as-soleh amat prihatin dalam memantapkan amalan mereka dengan memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah yang Maha Esa.

Oleh MOHAMMAD ADIB MOHAMED SAAT. 5/8/08. Utusan Malaysia

Assignment 2 : Broucher

Front
Back

Assignment 2 : Banner

Assignment 2 : Poster

Lab 4 - Flash

Tutorial 4

Saturday, August 16, 2008

Lab 3 - Edit Vedio

Tuesday, August 5, 2008

Assignment 1 (Indv)

Joseph Eulo
Dr. Susannah Chewning
ENG 101-010
20 October 2006

Myspace vs. Facebook
I. THESIS:
Myspace and Facebook are very popular social networking websites. They are similar in many ways and both have millions of registered users. They both offer an assortment of interactive features. However they are very different in several ways; from the number of features each offer and how they offer them, to the type of user they attract. In this essay I will discuss both websites in detail by comparing them on their Features, Site Layout/Design and the number of Users these site attract.
II. USERS
a. Myspace: is home to 2.2 million bands, 8,000 comedians, thousands of filmmakers, and millions of striving, attention-starved members over 100 million (Sellers). Site users do not need to be logged in order to use some of the sites features.
b. FaceBook: has over 9.3 million users’ (Kornblum). Facebook is made up of a lot of separate networks like schools (colleges and High schools), companies, and regions. Facebook is more exclusive than Myspace. Users must login in order to use any site features.
III. FEATURES
a. Myspace: offers an interactive, user-submitted network of friends, personal profiles, blogs, groups, photos, music, internal search engine, internal e-mail system and videos. new features have been gradually added, and made available to all Myspace users.
b. Facebook: offers an interactive, pre established network of schools, companies, and regions. Personal profiles, blogs, groups, photos, internal search engine, an internal e-mail system.
IV. SITE LAYOUT/DESIGN
a. Myspace: Blue theme pleasing to the eye, organized and not to flashy or busy, home page is dynamic (content changes every time you refresh the page or revisit the site) Navigational menu always at the top of every web page, easy to get around site. Site visitors do not have to log in or have an account in order to use Myspace. Advertisements on every page, but the home page, Top, Right and Left of web pages. Not Annoying or disruptive.
b. Facebook: users must log in before they can use any of the sites features. The sites Blue grey theme is easy on the eyes and the site design and layout is more neater and distinct than Facebook’s. The navigational element is placed vertically on the left side of every page and the site is fuss free and easy to use.
V. CONCLUSION:
Myspace and Facebook are very much alike. Millions of people use them to socialize on the internet. They are both popular because they both offer unique features that people like. Moreover their appearance and navigational controls are pleasing to the eye and are easy to use; they differ most in features that they offer, and user accessibility. Even so, neither Website seems likely to lose popularity any time soon.
VI. WORKS CITED.

Janet Kornblum. "Facebook will soon be available to everyone." USA Today . Academic Search Premier. 19 October 2006. http://search.ebscohost.com.
Jefferson Graham. "Yahoo, Microsoft check into Facebook." USA Today . Academic Search Premier. 19 October 2006. http://search.ebscohost.com.
Lacy, Sarah. "Facebook: Opening the Doors Wider." Business Week Online (2006): 8-8. Academic Search Premier. 19 October 2006. http://search.ebscohost.com.
Sellers, Patricia. "Myspace Cowboys." Fortune 154.5 (2006): 66-74. Academic Search Premier. 20 October 2006. http://weblib.ucc.edu:2113

Review of Article :
Artikel ini menceritakan tentang persamaan dan juga perbezaan diantara dua web side sosial dari segi penggunanya, rekabentuk dan juga ciri-ciri yang ada pada web side ini. Penulis juga telah membuktikan bahawa pengguna web myspace lebih ramai daripada facebook. Ini adalah kerana, myspace tidak hanya tertumpu pada pengguna tertentu sahaja, malah ia juga menyediakan perkhidmatan yang menarik kepada penggunanya berbanding facebook. Rekabentuk diantara kedua-dua web ini juga berbeza, dimana myspace menyediakan ruang pengiklanan disekitar webnya dan akan berubah apabila web tersebut di ulang kembali iaitu refresh. Bagi facebook pula, ia menyimpan semua unsurnya dibahagian kiri. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam mengunakannya. Ciri-ciri yang di sediakan oleh kedua-dua web side ini adalah hampir sama. Secara keseluruhan, kedua-dua web side ini adalah sama darisegi perkhidamatan yang diberi, tetapi mempunyai ciri-ciri dan rekabentuk yang berbeza dalam menarik pengguna mereka.

Conclusion :

Bagi saya, saya amat bersetuju dengan penulis yang mengatakan bahawa kedua-dua web side social ini menyediakan perkhidmatan yang hampir sama. Tetapi perkhidmatan yang paling baik ialah Myspace, ini adalah kerana myspace menyediakan pelbagai ciri-ciri yang menarik dan mudah digunakan berbanding facebook dan tidak hairan la jika pengguna myspace lebih ramai daripada facebook.